Kota Bharu, Kelantan, 24 April 2014 – Inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) Kumpulan Malaysian Industrial Development Finance Berhad (MIDF) yang berdasarkan pendidikan telah melahirkan pelbagai program-program yang memberi manfaat kepada mereka yang berkenaan. Sempena Minggu Saham Amanah Malaysia 2014 (MSAM) di Kota Bharu, Kelantan, MIDF telah menganjurkan Klinik UPSR dengan kerjasama Unit Pendidikan Berita Harian.

 

Seramai 200 orang murid dari lima buah sekolah di Kota Bharu dan Pasir Mas, Kelantan terpilih untuk menyertai Klinik UPSR tersebut.  Sebelum ini MIDF pernah menganjurkan Klinik ini di Kuala Lumpur, Kota Tinggi, Johor Bahru dan Perlis. 

 

“Tiada jalan mudah atau cepat untuk meniti kejayaan, dan dengan pendidikan yang cemerlang adalah paspot untuk membina masa hadapan yang cerah untuk seseorang,” kata Pengarah Urusan Kumpulan MIDF, Datuk Mohd. Najib Hj. Abdullah.  “Saya percaya pendidikan adalah harta paling berharga yang boleh dihadiahkan oleh ibu bapa kepada anak-anak.  Oleh yang demikian ibu bapa perlu memainkan peranan mereka untuk memberi bimbingan dan sokongan supaya anak-anak boleh terus maju di dalam bidang pelajaran,” ujar beliau.   

 

Klinik yang berlangsung pada 24 dan 25 April 2014 telah mendedahkan murid-murid ini kepada teknik serta kemahiran belajar secara berkesan.  Mereka telah diberi bimbingan daripada tenaga pengajar yang berpengalaman dan berkebolehan.  Fokus Klinik UPSR pula akan ditumpukan kepada lima mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu (Pemahaman), Bahasa Melayu (Penulisan), Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. 

 

“Tujuan MIDF menganjurkan program ini adalah untuk membantu membentuk masyarakat serta modal insan yang cemerlang.  Kami akan meneruskan penganjuran program-program seperti ini untuk membantu Negara dalam pembentukan modal insan yang berkualiti dan seterusnya bertaraf antarabangsa. Hanya dengan mempunyai pendidikan yang sempurna dapat sesuatu keluarga menaikkan taraf ekonomi keluarga tersebut” tambah Datuk Mohd. Najib lagi. 

 

Hadir bersama di majlis penutup Klinik UPSR pada 25 April 2014 untuk menyampaikan sijil kepada murid-murid yang berjaya menyertai klinik tersebut adalah Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan Permodalan Nasional Berhad, Tan Sri Dato’ Sri Hamad Kama Piah bin Che Othman. 

 

Lima sekolah yang terlibat dalam Klinik UPSR anjuran MIDF adalah SK Othman Talib (1), SK Othman Talib (2), SK Gelang Mas, SK Zainab (2) dan SK Sultan Ismail (2). 

 

Selain daripada program untuk kanak-kanak sekolah seperti Klinik UPSR tersebut, MIDF juga telah menandatangani perjanjian dengan Universiti Teknologi MARA dengan objektif untuk mempromosi karya seni yang dihasilkan oleh pelajar-pelajar Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka (FSSR).  Melalui perjanjian tersebut MIDF turut memberi peluang kepada pelajar-pelajar FSSR untuk mempamerkan karya mereka di MIDF-UiTM ArtSpace, sebuah galeri yang berlokasi di ibu pejabat MIDF di Kuala Lumpur. 

 

Pada tahun ini, sempena MSAM, MIDF telah membawa karya-karya seni hasil pelajar-pelajar FSSR untuk dipamerkan di galeri pameran sementara MIDF sepanjang berlangsungnya acara tersebut.  Karya-karya seni yang dipamer juga adalah untuk jualan.

 

#####

<!--[endif]-->

96 800x600 Normal 0 false false false FR JA X-NONE /* Style Definitions */ table.MsoNormalTable {mso-style-name:"Table Normal"; mso-tstyle-rowband-size:0; mso-tstyle-colband-size:0; mso-style-noshow:yes; mso-style-priority:99; mso-style-parent:""; mso-padding-alt:0cm 5.4pt 0cm 5.4pt; mso-para-margin:0cm; mso-para-margin-bottom:.0001pt; mso-pagination:widow-orphan; font-size:10.0pt; font-family:Calibri;}

 

 

Mengenai MIDF


MIDF telah ditubuhkan lima puluh empat tahun yang lalu hasil daripada satu kajian oleh Bank Dunia.  MIDF merupakan institusi kewangan pembangunan utama di negara ini bagi tujuan memangkinkan pembangunan dan pemodenan industri pembuatan negara.


Kumpulan MIDF telah berkembang menjadi entiti yang lebih kukuh dan lebih besar, menawarkan pelbagai perkhidmatan kewangan yang berdaya saing termasuk Perbankan Pelaburan, Kewangan Pembangunan dan Pengurusan Aset.

 

MIDF merupakan anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad.

 

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

 

Anita Ramly

Ketua, Komunikasi dan Perhubungan Korporat

Jabatan Komunikasi Korporat

Tel: (03) 2173 8756

Faks: (03) 2173 8866

H/P: (019) 332 4809

E-mel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Laman Sesawang: