Kuala Lumpur, 31 Mac 2014 – Bak kata pepatah Melayu, “Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul” dan berdasarkan pepatah tersebut, Malaysian Industrial Development Finance Berhad (MIDF) telah menganjurkan lawatan sambil berbakti ke Rumah Anak-anak Yatim dan Asnaf As-Solihin Kanchong Darat bersama warga kerjanya baru-baru ini. 

 

Lawatan yang diketuai oleh Ketua Pegawai Operasi MIDF, Encik Azizi Hj. Mustafa bermula dengan majlis penyerahan sumbangan berjumlah RM5,000 dari MIDF dan diterima oleh Tuan Haji Molyana bin Mahmud, yang menguruskan rumah kebajikan tersebut.  Selain dari itu, Encik Azizi turut menyampaikan sumbangan wang yang dikumpul dari warga kerja MIDF. 

 

“MIDF sentiasa mencari peluang untuk menganjurkan kerja-kerja amal dan lawatan ini merupakan salah satu aktiviti tanggungjawab sosial korporat kami yang melibatkan warga kerja kami,” jelas Encik Azizi.  “Selain membantu melalui penyerahan sumbangan, warga MIDF turut digalakkan untuk ikut serta dan memberi apa sahaja bantuan yang boleh untuk meringankan beban golongan yang kurang bernasib baik.”

 

Semasa lawatan tersebut, warga MIDF serta ahli keluarga yang turut serta sama-sama bergotong-royong dan menyediakan juadah makan tengahari untuk penghuni rumah kebajikan tersebut.  

 

“Pada hari ini niat kami tercapai kerana kami bukan sahaja menyerahkan sumbangan tetapi kami bekerjasama dan berjaya membawa sedikit keceriaan dalam hidup anak-anak di Rumah Anak Yatim dan Asnaf As-Solihin,” kata Encik Azizi.  “Acara ini juga bertujuan untuk mengingatkan warga MIDF serta ahli keluarga mereka yang turut serta pada hari ini supaya sentiasa bersyukur dengan apa yang mereka ada, dan untuk berkongsi dengan mereka yang kurang bernasib baik.”

MIDF turut menyumbangkan sebuah peti pendingin kepada Rumah Anak-anak Yatim dan Asnaf As-Solihin.  Lawatan tersebut telah dianjurkan oleh Kelab Warga Kumpulan MIDF bersempena sambutan ulang tahun syarikat yang ke-54 pada 30 Mac 2014. 

 

#####

Mengenai MIDF


MIDF telah ditubuhkan lima puluh tiga tahun yang lalu hasil daripada satu kajian oleh Bank Dunia.  MIDF merupakan institusi kewangan pembangunan utama di negara ini bagi tujuan memangkinkan pembangunan dan pemodenan industri pembuatan negara.


Kumpulan MIDF telah berkembang menjadi entiti yang lebih kukuh dan lebih besar, menawarkan pelbagai perkhidmatan kewangan yang berdaya saing termasuk Perbankan Pelaburan, Kewangan Pembangunan dan Pengurusan Aset.

 

MIDF merupakan anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad.

 

 

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

 

Anita Ramly

Ketua, Komunikasi dan Perhubungan Korporat

Jabatan Komunikasi Korporat

Tel: (03) 2173 8756

Faks: (03) 2173 8866

Tel. bimbit: (019) 332 4809

E-mel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Laman Sesawang: www.midf.com.my