Budaya Kerja

Sebagai syarikat yang memberikan tumpuan sepenuhnya kepada pelanggan, staf kami terdiri daripada profesional-profesional yang mempunyai latar belakang akademik yang kukuh, kebolehan analitikal yang unggul dan kemahiran berkomunikasi.

Sertai kami dalam usaha transformasi kami, di mana anda akan menimba pengalaman sebagai perintis perubahan ini. Anda juga akan bergaul dan berkerjasama dengan warga MIDF yang berpengalaman, lagi mengagumkan yang akan mencetus inspirasi anda.
Maju Bersama MIDF
Program Latihan (Praktikal)
Timba pengalaman yang sangat bernilai dengan pengalaman bekerja di dalam industri kewangan, melalui penglibatan dalam operasi harian serta bekerjasama dengan pakar-pakar industri.

Ciri-ciri kelayakan termasuklah – warganegara Malaysia, dengan CGPA yang konsisten pada markah 3.5 ke atas dalam mana-mana disiplin, mempunyai minat yang kukuh dalam sektor kewangan dan perbankan serta mempunyai kemahiran komunikasi yang kukuh.

Nikmati elaun bulanan, pendedahan yang bernilai dan pembelajaran berasaskan pengalaman.
Program Pengurusan

‘Management Associates Programme’ (MAP) direka untuk memupuk pemimpin-pemimpin masa depan bagi Kumpulan MIDF. Program 12 bulan ini menawarkan pendedahan yang menyeluruh dan menjanjikan peluang untuk mengembangkan peluang kerjaya serta membentuk kemahiran asas, di mana anda akan menerima peluang pembelajaran dan pembangunan yang meluas.

Putaran bersilang-fungsi kami akan memberikan anda pendedahan kepada perniagaan yang berbeza dalam masa yang sama memperluaskan pengetahuan anda. Bersama-sama dengan latihan semasa dan mentor daripada ahli-ahli pengurusan kanan, anda akan menajamkan keberkesanan teknikal dan peribadi anda dengan pengetahuan mendalam tentang perniagaan.

MIDF adalah di antara syarikat-syarikat yang dipilih oleh Suruhanjaya Sekuriti, sebagai rakan kongsi dalam Graduate Representative Programme (GRP1000). Untuk maklumat lanjut, sila klik pada ikon di bawah.

GRP1000
Program Liga Kehormat

Program Liga Kehormat (Honour League Programme) MIDF merupakan strategi pencungkilan bakat untuk melatih staf-staf cemerlang dan berpotensi, sebagai pemimpin-pemimpin masa depan di MIDF. Para peserta akan bertindak selaku contoh dan juga sebagai lambang pencapaian, di samping memegang peranan pemangkin dalam memupuk budaya yang menekankan prestasi.

Program Pembangunan Kewangan Korporat (CF ACE)

Kami bertanggungjawab untuk memastikan kerjaya dan kemahiran teknikal anda dibentuk secara sistematik. Melalui PROGRAM CF ACE kami, anda akan menjalani Sijil Profesional Kredit dan Lesen Wakil Latihan Suruhanjaya Sekuriti Pasaran Modal & Perkhidmatan (CMSRL).

Selain daripada itu, anda akan ditugaskan untuk bekerja dengan bahagian Kewangan Korporat, Perbankan Pelaburan Korporat atau Penstrukturan dan Penasihat Korporat.

Ganjaran menarik menanti mereka yang berjaya menamatkan program ini, termasuklah elaun bulanan yang menarik. MIDF akan menaja perbelanjaan tuisyen, pendaftaran atau keahlian dengan IBBM (untuk PCC), Yuran Peperiksaan, bahan-bahan kajian yang berkaitan serta mengaturkan kursus penyediaan di SIDC (untuk CMSRL).

Majikan Pengiktirafan ACCA (ACCA Approved Employer)

MIDF has been awarded the ACCA Approved Employer – Professional Development status which will help support ACCA members to continue their professional development (CPD).

With the approval, ACCA members can now rely on the development processes in place within MIDF to ensure that they can obtain appropriate learning and development support during the CPD year. ACCA members will also be exempt from having to follow ACCA’s CPD Unit Scheme route, and will automatically meet ACCA’s CPD requirements with a simple annual CPD return to ACCA. As for ACCA students and affiliates, this demonstrates that MIDF is committed to the training and development of its staff. The status recognizes MIDF’s commitment to the career development of its qualified accountants as finance professionals.

Peluang Pekerjaan di MIDF

Kumpulan MIDF menawarkan kepelbagaian laluan kerjaya serta pakej ganjaran komprehensif yang setaraf dengan tawaran industri. Anda akan menimba pengalaman serta membentuk kemahiran yang berkaitan dengan industri kewangan.

Di MIDF, latihan dan pembangunan kakitangan dianggap sebagai satu pelaburan penting. Ia bertujuan membolehkan kakitangan kami untuk mendapatkan kecekapan yang menyenangkan bagi menjalankan kerja-kerja mereka dengan berkesan dan cekap. Untuk membantu dalam pembangunan profesional anda, latihan yang disediakan meliputi kemahiran operasi, pengurusan dan komunikasi. Kami juga menyediakan sokongan kewangan kepada kakitangan yang berminat mengambil peperiksaan profesional yang diluluskan. Sertailah kami sekarang!

Professional Berpengalaman
(senarai peluang pekerjaan)
Pelajar & Graduan
(senarai peluang pekerjaan)
Hubungi Kami

Sila hantarkan permohonan anda dengan resume yang komprehensif, salinan sijil-sijil dan dokumen sokongan lain yang berkaitan, nombor telefon serta gambar terbaru berukuran pasport (tidak dikembalikan) kepada:

Ketua Kumpulan Sumber Manusia,
Malaysian Industrial Development Finance Berhad,
Level 19, Menara MIDF,
82, Jalan Raja Chulan, 50200 Kuala Lumpur.

Atau melalui e-mel, kepada: recruitment@midf.com.my


Follow MIDF Group on LinkedIN and stay up to date with company news, discover new job opportunities and see how you're connected to employees.

Share:

Submit to FacebookSubmit to Google PlusSubmit to TwitterSubmit to LinkedIn