Maklumat dan bahan dalam laman sesawang ini, termasuk tetapi tidak terhad kepada perkhidmatan, produk, maklumat, data, teks, grafik, audio, video, pautan atau perkara lain, disediakan oleh Malaysian Industrial Development Finance Berhad (“MIDF”) atas dasar "seperti yang ada" dan "seperti yang terdapat". Maklumat dan bahan tersebut adalah semata-mata bertujuan untuk rujukan dan maklumat anda sahaja, dan tidak boleh, pada bila-bila juga, dianggap atau disifatkan sebagai apa-apa tujuan perniagaan atau komersil atau menjadi suatu tawaran atau pengumpanan dan/atau memberi nasihat bagi apa-apa perniagaan berkaitan pelaburan, perkhidmatan kewangan atau perbankan oleh MIDF. MIDF berhak, atas budi bicara mutlak, untuk menambah, meminda atau menyingkirkan mana-mana atau semua peruntukan di dalam ini atau mana-mana atau semua bahan dan maklumat pada bila-bila masa. Rujukan kepada bahan dan maklumat yang terkandung dalam laman sesawang termasuk bahan dan maklumat yang disediakan oleh pihak ketiga.

MIDF tidak ada membuat apa-apa jaminan tersurat atau tersirat, representasi atau pengendorsan, termasuk tetapi tidak terhad pada apa-apa jaminan hak milik, ketidakpelanggaran, kebolehniagaan, kebergunaan, operasi, kesempurnaan, ketepatan, keterkinian, kualiti memuaskan, kebolehpercayaan, kesesuaian bagi tujuan khusus berkaitan dengan laman sesawang ini, bahan, maklumat dan/atau fungsi di dalamnya dan dengan jelas menolak liabiliti bagi ralat dan ketinggalan dalam bahan, maklumat dan/atau fungsi yang sedemikian. Tanpa mengurangkan perkara di atas dan/atau terma dan syarat perjanjian boleh guna yang mengawal imbang semua produk dan perkhidmatan MIDF, langkah yang wajar akan diambil oleh MIDF bagi memastikan ketepatan dan kesahihan semua maklumat berkaitan transaksi dan produk MIDF.

Di samping itu MIDF tidak menjamin atau menyatakan bahawa laluan kepada semua atau sebahagian daripada laman sesawang ini, bahan, maklumat dan/atau fungsi yang terkandung di dalamnya akan disediakan tanpa gangguan atau bebas ralat atau apa-apa kesilapan akan diperbetulkan, atau tidak akan berlaku sebarang kelambatan, kegagalan, ralat atau kehilangan maklumat yang dihantar, bahawa tidak ada virus atau perkara pemusnah akan terhantar atau tidak ada kerosakan akan berlaku pada sistem komputer anda.

Bahan, maklumat dan fungsi yang disediakan di laman sesawang ini tidak boleh dipertimbangkan atau ditafsirkan sebagai tawaran atau permohonan untuk menjual, membeli, memberi, mengambil, mengeluarkan, memberi atau memindahkan, atau sebagai memberi apa-apa nasihat mengenai saham, stok, bon, nota, kepentingan, unit amanah, dana bersama atau sekuriti lain, pelaburan, pinjaman, pendahuluan, kredit atau deposit dalam mana-mana bidang kuasa.

Anda bertanggungjawab sepenuhnya menilai kualiti, kepadaan, kesempurnaan dan kebergunaan semua perkhidmatan, kandungan, nasihat, pendapat dan maklumat lain yang didapati atau dicapai melalui laman sesawang ini; mendapatkan nasihat profesional sepanjang masa dan mendapatkan penentusahan bahan dan maklumat yang disediakan di dalam ini sebelum membuat apa-apa pelaburan, keputusan perniagaan atau komersil berdasarkan mana-mana bahan atau maklumat seperti itu. Anda bertanggungjawab membuat penilaian ketika menilai dan menggunakan laman sesawang ini, perkhidmatan di dalamnya dan kandungannya dan anda mempersetujui yang laluan anda dan penggunaannya adalah menjadi risiko anda sepenuhnya.

MIDF tidak bertanggungan terhadap anda atau mana-mana orang lain bagi apa-apa kerosakan atau kerugian yang dialami (termasuk semua kerosakan langsung atau tidak langsung, khusus atau berbangkit, kerugian ekonomi, hilang keuntungan atau hilang peluang) yang berpunca daripada apa-apa gangguan atau tidak terdapatnya laman sesawang ini, perkhidmatan di dalam dan/atau kandungan dan/atau capaian anda dan penggunaan yang serupa bagi apa-apa sebab selain kegagalan sistem yang berpunca daripada tindakan langsung kami, kecuaian atau ketinggalan, atau kami telah dimaklumkan sewajarnya tentang kebarangkaliannya; atau daripada apa-apa kelewatan atau ralat dalam mana-mana pengiriman atau perhubungan berkaitan capaian anda dan penggunaan laman sesawang ini, perkhidmatan dan kandungan di dalamnya.

Share:

Submit to FacebookSubmit to Google PlusSubmit to TwitterSubmit to LinkedIn