Sebagai sebuah institusi yang bertanggungjawab dalam menyediakan perkhidmatan dan sokongan dalam merealisasikan cita-cita pelanggan-pelanggan kami, kami berpegang pada prinsip menyumbang semula kepada aset-aset kami yang paling penting; insan dan masyarakat. Kami memastikan kelestarian kami dengan menerapkan prinsip ini di dalam nilai-nilai kami, cara kami beroperasi dan di dalam pendekatan tanggungjawab sosial korporat kami.

Tanggungjawab Sosial Korporat Kami
Kami memastikan kemapanan dengan memberikan sepenuh tumpuan kepada pembentukan insan dan masyarakat; melalui pendekatan tanggungjawab sosial korporat kami, nilai-nilai kami, serta operasi kami.

Program Rumah Murni MIDF
Program Rumah Murni MIDF atau lebih dikenali sebagai PRMM telah dilaksanakan pada tahun 2008 untuk membantu kerajaan menurunkan kadar kemiskinan tegar di seluruh negara. Melalui program ini, MIDF telah menyediakan 89 rumah di Negeri Johor, Kedah, Kelantan dan Perlis.  Rumah-rumah ini menyediakan suasana yang lebih selamat dan kondusif, terutamanya bagi kanak-kanak penerima sumbangan ini, untuk mereka diami dan belajar. Program ini selaras dengan program tanggungjawab sosial korporat MIDF, yang menekankan unsur pendidikan. 

Program Pendidikan Murni MIDF

Program Pendidikan Murni MIDF atau PPMM telah diperkenalkan pada tahun 2011, untuk menyediakan kemudahan pendidikan. Kini, MIDF telah membina 7 tadika Islam, dewan serbaguna yang dinamakan Dewan Kuliyyah MAIP, Pusat Celik Minda, iaitu sebuah pusat tuisyen dan dewan makan di sebuah sekolah menengah di Perlis. 

MIDF juga menyumbangkan komputer terpakai dan peralatan, serta kelengkapan sekolah untuk pelajar-pelajar yang kurang bernasib baik di Perak, Melaka, Sabah, Johor dan Perlis. Di samping itu MIDF juga bekerjasama  dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam menubuhkan sudut bacaan di Perumahan Awam Sri Sabah di Cheras, Kuala Lumpur. 

 

Kolaborasi MIDF-UiTM 
MIDF bekerjasama dengan Universiti Teknologi MARA (UiTM) untuk mempromosikan kraf dan seni tempatan yang dicipta oleh pelajar-pelajar  Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka.  MIDF juga bekerjasama dengan fakulti ini, untuk menganjurkan bengkel seni dan aktiviti untuk kanak-kanak.

Tanggungjawab Korporat Sosial Lain

MIDF juga menganjurkan lawatan ke wad hospital kanak-kanak, memberikan bantuan dari segi kewangan dan sumbangan selain daripada wang ringgit, semasa bencana alam, ini termasuklah sesi gotong-royong di sudut bacaan di Cheras. 

MIDF juga menganjurkan acara tahunan Kempen Derma Darah, yang disertai oleh kakitangan MIDF, dalam usaha kami untuk memberi sumbangan yang mendalam kepada masyarakat.

Share:

Submit to FacebookSubmit to Google PlusSubmit to TwitterSubmit to LinkedIn