Kami memastikan pelbagai keperluan anda dipenuhi, melalui produk-produk dan perkhidmatan berlandaskan prinsip-prinsip Syariah kami, untuk keperluan perbankan pelaburan, pengurusan aset, kewangan pembangunan dan pembiayaan mezanin anda.

Produk-produk dan perkhidmatan kami, akan mengubah perniagaan dan strategi anda, serta membolehkan anda mengikuti perkembangan semasa dan perubahan dalam ekosistem perniagaan.



Pelaburan Perbankan
Deposit Islam: Komoditi Murabahah Deposit-i
Produk deposit berlandaskan prinsip Islam ini, memberikan kepastian pulangan kepada pelanggan; contohnya keuntungan tetap yang dibuat berdasarkan margin keuntungan yang telah dipersetujui atau berdasarkan harga yang dinaikkan. Kadar keuntungan tetap dikira berdasarkan penjualan dan pembelian komoditi yang mematuhi Syariah, yang asasnya berdasarkan konsep syariah Murabahah melalui susunan Tawarruq itu.

Product Disclosure Sheet

Terms and Conditions

Account Opening Application Form
Instrumen Pasaran Wang

Bil Perbendaharaan Malaysia-i (MTB-i)


Ini merupakan instrumen kewangan Islam jangka pendek yang dikeluarkan oleh Kerajaan Malaysia dengan tempoh matang tidak melebihi satu tahun. Pengeluaran MTB-i adalah berdasarkan kepada prinsip Murabahah. Pada isu utama, penyerahan tender untuk MTB-i dijalankan melalui bank-bank Islam dan Peniaga-peniaga Utama. Tendernya pula, adalah berdasarkan harga pembelian (berdasarkan hasil) yang tepat. MTB-i didagangkan berdasarkan prinsip Bai'Dayn. Dagangan pasaran sekunder MTB-i dipetik dari segi kadar diskaun. Formula dan pengiraan hasil adalah berasaskan formula diskaun seperti BNMN-i.

Nota Monetari Bank Negara-i (BNMN-i)


Kami menawarkan kemudahan sekuriti Islam yang diterbitkan oleh BNM bagi tujuan menguruskan kecairan tunai dalam sistem perbankan Islam. BNMN-i biasanya dikeluarkan di bawah prinsip Murabahah. Tempoh terbitan ini bermula dari tiga bulan ke tiga tahun. BNMN-i boleh dikeluarkan atas dasar diskaun atau berasaskan keuntungan, bergantung kepada permintaan pelabur-pelabur.

Sijil Hutang Boleh Niaga-i (NDC-i)


Ini merujuk kepada jumlah wang yang disimpan dengan bank-bank Islam atau bank-bank SPI dan perlu dibayar balik kepada pembawa pada tarikh tertentu pada nilai nominal NDC-i. Instrumen ini distrukturkan menggunakan konsep Islam Bai'Bithaman Ajil ("Pembayaran Jualan Tertangguh") dan Tawarruq.

Penempatan Qard Bank Negara Malaysia


Penempatan Qard BNM adalah transaksi di antara BNM dan institusi perbankan Islam ("IBI") di mana ia merujuk kepada mekanisma apabila IBI meletakkan dana-lebihan mereka dengan BNM berdasarkan konsep Qard (pinjaman). Secara teknikal, Qard ditakrifkan sebagai tindakan membayar wang kepada rakan niaga lain (penghutang) di mana penghutang dijangkakan membayar balik hanya jumlah pokok yang dipinjamkan kepadanya (penghutang boleh, bagaimanapun, membayar suatu jumlah tambahan di luar jumlah pokok asal sebagai tanda penghargaan iaitu Hibah).

Program Murabahah Komoditi-i (CMP-i)


CMP-i Antara-bank merujuk kepada mekanisma di mana sebuah institusi perbankan Islam defisit, boleh mendapatkan dana daripada institusi perbankan Islam yang berlebihan, berdasarkan konsep syariah Murabahah melalui susunan Tawarruq itu.

Bil-Penerimaan-i (AB-i)


AB-i sebelum ini dikenali sebagai Bil Penerimaan Islam (IAB). Ia merupakan bil pertukaran yang dikeluarkan dan diterima oleh bank untuk membiayai sesuatu penjualan atau pembelian barang atau komoditi. Ia dirumuskan atas prinsip Murabahah dan diniagakan dalam pasaran sekunder, berdasarkan Bai 'Dayn. Objektif utama AB-i adalah untuk menggalakkan dan mempromosikan kedua-dua perdagangan dalam negeri dan luar negara, dengan menyediakan produk pembiayaan Islam yang menarik kepada peniaga-peniaga Malaysia.

Kertas Komersial-i (CP-i)


CP-i pada dasarnya merupakan instrumen hutang pasaran wang, yang dikeluarkan oleh badan-badan korporat selaras dengan prinsip syariah. CP-i ini diberikan samada oleh RAM atau MARC dan diniagakan secara diskaun. Tempohnya bermula dari 1 bulan hingga 1 tahun.
Instrumen Pasaran Modal

Terbitan Pelaburan Kerajaan-i (GII-i)

GII-i dikeluarkan oleh kerajaan Malaysia untuk membiayai program pembangunan negara. GII-i adalah sekuriti kerajaan jangka-panjang tanpa-faedah yang berlandaskan prinsip-prinsip Islam untuk membiayai perbelanjaan pembangunan. Bermula dari 22 Julai 2013, GII-i diterbitkan berdasarkan konsep Murabahah. Sebelum 22 Julai 2013, GII telah dikeluarkan berdasarkan kontrak Bai’ Inah.

Pada isu utama, penyerahan tender adalah berdasarkan asas harga / 100 dan dilaksanakan melalui bank-bank Islam dan Peniaga Utama dengan operasi berlandaskan niali-nilai Islam. GII-i diberikan kredit tanpa risiko kerana dikeluarkan oleh kerajaan.

Pada 16 Mac 2005, Kerajaan Malaysia, dengan nasihat BNM, mengeluarkan GII-i Berasaskan Keuntungan sebanyak RM2 bilion bagi tempoh 5 tahun. GII-i berasaskan keuntungan dikeluarkan setaraf prinsip Bai 'Bithaman Ajil, ia adalah ‘coupon-bearing, dengan pembayaran setiap setengah tahun.

Sukuk Bank Negara Malaysia Ijarah (SBNMI)

Sukuk ini adalah berdasarkan konsep Ijarah (jualan dan pajakan semula), iaitu sebuah konsep dan struktur yang digunakan secara meluas di Timur Tengah. Terbitan yang pertama adalah pada 16 Februari 2006 dengan saiz terbitan sebanyak RM400 juta. Sebuah syarikat ditubuhkan khas untuk tujuan ini adalah, BNM Sukuk Berhad yang mengeluarkan Sukuk Ijarah.

Hasil daripada terbitan itu digunakan untuk membeli aset BNM. Aset ini kemudiannya akan dipajak kepada BNM untuk dipertimbangkan sebagai bayaran sewa, yang diedarkan kepada pelabur-pelabur sebagai pulangan pada setiap setengah tahun. Apabila matangnya Sukuk Ijarah, yang serentak dengandengan tempoh pajakan akhir, BNM Sukuk Berhad akan menjual semula aset kepada BNM pada harga yang telah ditetapkan. BNM mengeluarkan instrumen ini secara tetap, dengan pelbagai isu, yang berjumlah  
daripada RM100 juta sehingga RM200 juta.

 

Sukuk

Pada bulan Julai 2016, BNM mengeluarkan notis pemberitahuan tentang perubahan istilah Sekuriti Hutang Swasta kepada Bon Korporat (Konvensional) atau Sukuk (Islam). Maksud literal Sukuk adalah sijil (yang mewakili nilai aset).

Sukuk pada dasarnya adalah instrumen hutang pasaran modal yang dikeluarkan oleh badan-badan korporat selaras dengan prinsip Syariah. Sukuk dinilai samada oleh RAM atau MARC, dan mungkin juga secara berasinga, tersendiri atau dipertingkatkan nilainya dengan jaminan kerajaan atau bank.

Sukuk biasanya distrukturkan mengikut kontrak asas seperti Murabahah , Ijarah Musyarakah dan Mudarabah dan diniagakan berasaskan hasil atau basis harga/100.
Pasaran Modal

TF-i adalah kemudahan kredit patuh Syariah yang diberikan untuk membiayai sebahagian daripada pengumpulan dana bagi Urus Niaga Perbankan Pelaburan dan / atau Transaksi Pasaran Modal.

Kemudahan Pembiayaan Penyambung-i (BF-i)

BF-i adalah kemudahan kredit patuh Syariah yang diberikan untuk tempoh tertentu untuk merapatkan jurang pembiayaan jangka pendek pelanggan. BF-i biasanya digunakan untuk merapatkan transaksi perbankan pelaburan dan / atau sementara menunggu penyelesaian penjanaan modal dari pasaran modal Islam, sama ada hutang atau ekuiti (Urusniaga Pasaran Modal).

Kemudahan Jaminan-i/Kemudahan Kafalah (BG-i)

Kami menawarkan kemudahan Jaminan Bank patuh Syariah bagi pihak pelanggan di mana kontrak dibuat di antara Bank dan pelanggan untuk menunaikan liabiliti pihak ketiga dalam kes di mana pelanggan gagal membuat pembayaran.

Kewangan Korporat

Setiap keputusan yang dibuat dalam perniagaan yang mempunyai implikasi kewangan, dan apa jua keputusan yang melibatkan penggunaan wang adalah keputusan kewangan korporat. Kami berdedikasi untuk membantu syarikat-syarikat dan pemegang-pemegang saham dalam perancangan mereka untuk meningkatkan nilai perniagaan dan memenuhi objektif kewangan korporat mereka.  Profesional-profesional perbankan dan kewangan kami, terdiri daripada pakar-pakar perbankan pelaburan, kewangan korporat dan penganalisa-penganalisa kewangan dengan pengalaman luas menjangkau pelbagai industri.

Pembangunan Kewangan

Al-Ijarah Thumma Al-Bai
Kemudahan Al-Ijarah Thumma Al-Bai (AITAB) kami adalah sejenis kontrak pajakan, yang diakhiri dengan pembelian aset, di mana surat ikatan hak milik aset yang dipajak akan diserahkan kepada Penyewa di hujung, atau tempoh akhir sewaan. Aset ini merangkumi Jentera, Peralatan, Perisian dan Perkakasan atau Kenderaan Motor yang adalah barangan Akta Pembelian Bukan-Sewa.
Bai Bithaman Ajil
Kontrak Bai 'Bithaman Ajil (BBA) kami adalah transaksi jual beli untuk membiayai aset berdasarkan bayaran tertangguh dengan tempoh pembayaran yang telah dipersetujui.

Harga jualan termasuk keuntungan, manakala aset terdiri daripada Tanah & Bangunan, Jentera dan Peralatan.
Kemudahan Ijarah
Kemudahan Ijarah kami adalah jenis pajakan-operasi yang mana Penerima Pajakan mempunyai hak untuk menggunakan aset tersebut dalam tempoh masa yang tertentu seperti yang dipersetujui dalam kontrak.
Modal Kerja Murabahah
Kemudahan Murabahah kami adalah untuk memudahkan urus niaga perdagangan jangka pendek di mana kami membiayai keperluan pengguna yang terakhir.
Kemudahan Pemfaktoran Bai Al-Dayn
Kemudahan Pemfaktoran Bai 'Dayn melibatkan penjualan dan pembelian hutang, yang membolehkan organisasi menarik dana dengan mencairkan akaun penerimaan hutang .
Pembelian Kredit Pusingan-I Islam (PRC-i)
Ini adalah kemudahan pembiayaan untuk pembelian bahan-bahan mentah, peralatan, produk dan perkhidmatan oleh Pelanggan daripada Pembekal.
Jualan Kredit Pusingan-I Islam (SRC-i)
Kemudahan ini adalah pembiayaan untuk keperluan modal kerja tambahan Pelanggan, yang berkaitan dengan penjualan dan / atau bekalan atau penyediaan barang dan / atau bahagian, produk atau perkhidmatan, yang dinyatakan dalam invois yang dikeluarkan oleh Pelanggan kepada Pembeli.
Pembiayaan Berpenggal Islam (TF-i)
Kemudahan ini adalah produk pembiayaan untuk keperluan perniagaan Pelanggan, di mana tujuan pembiayaan mematuhi Syariah dan tertakluk kepada garis panduan yang dinyatakan untuk pelbagai dana yang disediakan oleh pihak luar.
Pengurusan Dana
MIDF Amanah Islamic Fund
Dana ini bertujuan untuk memberi pulangan yang lebih tinggi melalui pelaburan dalam syarikat-syarikat yang baru ditubuhkan, yang menawarkan potensi pertumbuhan yang tinggi sekaligus mematuhi prinsip-prinsip Syariah.

Dana ini sesuai untuk mereka yang bersedia untuk mengambil risiko yang lebih tinggi untuk peningkatan modal jangka panjang mereka, kerana strategi pelaburan ini memberi tumpuan kepada penggunaan gabungan optimum yang terdiri daripada aset berasaskan Syariah, peruntukan aset dan sekuriti patuh Syariah pada setiap masa.
MIDF Amanah Shariah Money Market Fund
Dana bersama ini bertujuan untuk memberi pelabur-pelabur, aliran pendapatan tetap dalam jangka pendek hingga jangka sederhana dengan melabur dalam instrumen pasaran wang Islam dan instrumen hutang Islam jangka pendek lain. Dana ini mematuhi keperluan Syariah dan mengekalkan kestabilan modal, dan sesuai untuk pelabur yang mencari pendapatan tetap dengan kestabilan modal dan mempunyai toleransi risiko yang rendah. Dana ini akan melabur sekurang-kurangnya 90% daripada NABnya dalam deposit berdasarkan Syariah, instrumen pasaran wang Islam atau instrumen hutang jangka pendek Islam, semuanya dengan baki tempoh matang tidak melebihi 365 hari. Sebanyak 10% daripada NAB dana akan dilaburkan dalam instrumen hutang jangka pendek Islam yang mempunyai baki tempoh matang melebihi 365 hari tetapi kurang daripada 732 hari.
MIDF Amanah Shariah Income Fund
Dana ini adalah dana borong pasaran wang Islam yang bertujuan menghasilkan pendapatan bagi pelabur, melalui pelaburan di dalam sukuk yang dikeluarkan atau dijamin oleh kerajaan Malaysia dan instrumen pasaran wang Islam. , dengan tempoh matang kurang daripada setahun. Ini bukanlah modal yang tidak dilindungi dana jaminan modal.

Dana ini boleh meletakkan Deposit Islam dan / atau melabur sepenuhnya dalam instrumen pasaran wang Islam dengan institusi kewangan tunggal.
MIDF Amanah Shariah Cash Fund
Sebagai dana borong pasaran wang Islam, ia bertujuan untuk menyediakan aliran pendapatan tetap * bagi pelabur melalui pelaburan dalam Deposit Islam, yang dilaburkan semula ke dalam unit tambahan, melainkan Pemegang Unit memilih untuk dibayar daripada pengagihan. Ini bukanlah satu dana perlindungan modal atau dana modal terjamin.

Dana ini bertujuan untuk dilaburkan dalam Deposit Islam dengan tempoh matang kurang daripada setahun. Dana ini boleh meletakkan Deposit Islam sepenuhnya dengan institusi kewangan tunggal dan / atau syarikat kewangan yang dikecualikan.

Share:

Submit to FacebookSubmit to Google PlusSubmit to TwitterSubmit to LinkedIn