Amanah Butler Malaysia Sdn. Bhd. adalah sebuah syarikat rakan perniagaan Malaysian Industrial Development Finance Berhad ( "MIDF"). Ditubuhkan pada tahun 1974, ia adalah sebuah syarikat pembrokeran wang yang dikawal oleh Bank Negara Malaysia di mana dua pemegang saham utamanya adalah MIDF dan Kumpulan ICAP. ICAP kini tersenarai dalam Bursa Saham London dan terdiri daripada kumpulan wang dan sekuriti broker bersepadu yang terbesar di dunia dengan adanya pejabat di semua pusat kewangan utama seperti London dan New York.
Aktiviti utama Amanah Butler adalah untuk bertindak sebagai pengantara untuk pelbagai produk kewangan bagi semua institusi kewangan berlesen dalam pasaran wang Kuala Lumpur.
Produk & Perkhidmatan
Deposit Pasaran Wang dan Instrumen Tempatan
Menempatkan serta mencari sumber deposit denominasi-MYR untuk semua institusi-institusi kewangan berlesen dalam pasaran ‘inter-bank’ Kuala Lumpur dan Deposit Islam (Al-Mudharabah), BA dan NID.
Produk Pendapatan Tetap
|
‘Spot & Forward’ Pertukaran Asing
Membeli dan menjual mata wang untuk ‘spot and forward’, serta maklumat harga yang dikemas-kini setiap masa untuk semua pasangan mata wang utama.
Derivatif Kewangan
Pertukaran Kadar Faedah, Pertukaran dan Pemilihan Mata Wang.
Share: