Perniagaan-perniagaan yang berkembang pesat, adalah tunggak pembangunan ekonomi dan sosial negara. MIDF memainkan peranan yang penting, dalam memastikan perniagaan-perniagaan ini mempunyai pembiayaan yang mereka perlukan untuk modal kerja dan aset tetap dalam memenuhi cita-cita mereka.

Oleh itu, kami menawarkan pembiayaan dengan margin yang tinggi, pada kadar keuntungan tetap yang bebas daripada sebarang pergerakan BLR, di mana anda menikmati kos pembiayaan yang tetap untuk pembiayaan anda.

Tanah Industrial & Pembinaan Kilang
Kami menyediakan bantuan kewangan kepada syarikat-syarikat PKS (SME) dalam sektor pembuatan dan sektor-sektor yang berkaitan, serta syarikat-syarikat dalam sektor perkhidmatan (kecuali syarikat-syarikat insuran dan perkhidmatan kewangan), supaya mereka mampu menaiktarafkan keupayaan mereka dengan memperolehi tanah untuk tujuan industri dan komersial, dan juga untuk pembinaan kilang atau premis perniagaan mereka.

Ia juga boleh digunakan untuk pembiayaan kilang atau premis perniagaan yang telah sedia ada, untuk kerja-kerja pengubahsuaian atau kerja-kerja naiktaraf kedai atau naiktaraf paparan untuk kedai.

Lot Kedai Komersial
Kami menyediakan bantuan kewangan untuk syarikat-syarikat yang memerlukan ruang komersil, termasuklah pembiayaan kerja-kerja pengubahsuaian dan kerja-kerja lain yang berkaitan.
Mesin
Kami menyediakan bantuan kewangan untuk syarikat-syarikat memperolehi mesin dalam meningkatkan produktiviti melalui proses pengautomatan.
Peralatan Perindustrian
Kami juga menyediakan bantuan kewangan supaya syarikat-syarikat memperolehi peralatan perindustrian, dalam membina keupayaan mereka.
Peralatan IT dan / atau Perisian
Kami menyediakan bantuan pembiayaan kepada syarikat-syarikat dan / atau perusahaan-perusahaan yang baru bermula untuk perkakasan / perisian IT dan peralatan.
Kenderaan Perdagangan
Pembiayaan shariah disediakan dengan kadar keuntungan tetap bagi kenderaan motor komersial.
Pembiayaan Modal Kerja
Kemudahan ini direka khas untuk PKS (SME) dalam sektor pengilangan dan sektor-sektor yang berkaitan dengannya, serta sektor perkhidmatan.

Ia meliputi pembelian bahan mentah, bahan guna-habis, perbelanjaan pengiklanan dan kos promosi seperti pengiklanan media, e-dagang, pembangunan laman web dan percetakan bahan-bahan promosi.

Ia juga meliputi ‘pembiayaan Akuan Belum Terima’ iaitu kredit pusingan (tawarruq) dan jualan kredit pusingan, pembiayaan berjangka dan pemfaktoran.

Skim-Skim Pinjaman

Skim Pinjaman Mudah bagi Automasi & Modenisasi (SFSAM)

SFSAM ini telah dilancarkan pada bulan Februari 2007.

Dana Skim ini disalurkan oleh Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan MIDF dilantik sebagai pelaksanaan Skim.

Objektif
  Bagi menggalakkan syarikat perkilangan untuk:
  • memoden dan mengautomasi proses pembuatan;
  • meningkatkan keupayaan dan kapasiti pengeluaran;
  • mengurangkan kebergantungan kepada buruh - terutamanya buruh asing;
  • mempelbagaikan ke dalam aktiviti tambah nilai yang lebih tinggi
  • merasionalkan dan memperkemas operasi melalui penggabungan dan pengambilalihan;
  • pembelian perkakasan, pembangunan dan pengeluaran;
  • Memulakan peningkatan produktiviti; Meningkatkan prestasi eksport; dan
  • Menggunakan teknologi maklumat dan telekomunikasi (ICT) sebagai langkah untuk meningkatkan daya saing, kecekapan dan produktiviti serta meningkatkan keupayaan reka bentuk kejuruteraan.
 

Kriteria Kelayakan dan Ciri-ciri Utama

 

1. Kelayakan:

 
  • Syarikat yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 dan Akta Syarikat 2016;
  • Sekurang-kurangnya 51% ekuiti dimiliki oleh rakyat Malaysia;
  • Mempunyai lesen perniagaan yang sah; dan/atau
  • Beroperasi sekurang-kurangnya selama 2 tahun.

2. Sector:

 
  • Pembuatan

3. Jumlah Pembiayaan:

 
  • Minimum: RM50,000
  • Maksimum: RM20 juta untuk setiap permohonan

4. Butiran Kelayakan Untuk Pembiayaan:

i. Automasi

 
  • Pembelian mesin/peralatan berkaitan automasi samada baharu atau terpakai atau baikpulih
  • Kos yang berkaitan dengan pemasangan, pentauliahan dan latihan serta penyelenggaraan mesin dan peralatan untuk pelaburan dalam automasi; dan
  • Pembelian perisian dan peranti komputer yang berkaitan dengan pembangunan sistem automasi.

ii. Rasionalisasi Operasi yang juga termasuk Kemudahan Usahasama/Perkongsian Teknikal dan Program Penyatuan Pembekal

 
  • Perlaksanaan usaha yang wajar;
  • Pembelian kilang/bangunan, dan mesin/peralatan yang sedia ada; dan,
  • Perbelanjaan untuk melaksanakan program rasionalisasi (penggabungan dan pemerolehan) seperti yuran pendaftaran dan perkhidmatan yang dijalankan oleh bank pelaburan dan mana-mana yuran yang berkaitan.
  • Perbelanjaan berkaitan untuk mengusahakan latihan rasionalisasi (pencantuman & pemerolehan) seperti yuran pendaftaran dan perkhidmatan yang dijalankan oleh bank pelaburan dan yuran-yuran berkaitan yang lain.
 
iii. Pemerolehan Perkakasan (Tooling), Pembangunan & Pengeluaran
 
    • Pemerolehan acuan, perkakasan, “jigs” dan “fixtures”;
    • Pembangunan prototaip dan reka bentuk sistem;
    • Pengujian produk dan pendaftaran;
    • Pemerolehan mesin/peralatan baru atau terpakai*
    • Paten awal dan reka bentuk industri/pendaftaran paten dan penyelidikan reka bentuk perindustrian;
    • Pemerolehan kilang/bangunan dan pemerolehan tanah untuk membina kilang/bangunan;
    • Pemerolehan teknologi, ujian kenderaan elektrik dan pembangunan dan pembinaan stesen pengecasan di bawah program ujian kenderaan elektrik;
    • Pembangunan infrastruktur bagi hibrid dan kenderaan eletrik yang cekap tenaga;
    • Penggunaan teknologi baru/canggih yang lain; dan
    • Keperluan modal kerja;
      • Mesin/Peralatan yang sedia ada*
      • Acuan sedia ada, perkakasan,  “jigs” dan “fixtures”*
      • Pinjaman Gadai janji kilang dengan institusi kewangan lain

*Usia mesin/peralatan terpakai/baikpulih hendaklah tidak melebihi 5 tahun.

iv. Peningkatan Produktiviti

 
  • Perbelanjaan latihan TS 16949, ISO 14001 dan sijil-sijil lain yang berkaitan dengan industri automotif;
  • Perbelanjaan latihan untuk penambahbaikan Sistem Pengurusan Kualiti, Sistem Pengurusan Operasi, Sistem Pengurusan Perniagaan dan keupayaan ujian dan kapasiti dan Program Peningkatan Produktiviti;
  • Pelesenan dan bayaran teknikal untuk penambahbaikan proses kejuruteraan;
  • Ujian mesin/peralatan dan penentukuran;
  • Susun atur proses pengeluaran; dan/atau
  • Latihan-latihan lain yang diperlukan oleh syarikat untuk beroperasi yang berkaitan dengan automasi dan modensasi.

v. Program Peningkatan Eksport

 
  • Penyertaan dalam pameran perdagangan dan misi dan program promosi eksport dan aktiviti berkaitan yang diluluskan oleh MATRADE / Institut Automotif Malaysia (MAI);
  • Perbelanjaan bagi ujian sampel ke luar negara untuk mematuhi piawaian antarabangsa;
  • Tinjauan pasaran dan kajian kemungkinan; dan
  • Menetapkan pengagihan rangkaian infrastruktur di luar negara.

vi. Pembelian peralatan yang berkaitan dengan ICT i.e. perisian reka bentuk kejuruteraan atau perisian “Enterprise Resource Planning” (“ERP”) atau mana-mana perisian lain yang serupa dan/atau bersama-sama dengan perkakasan komputer berkaitan, periferal dan peralatan rangkaian dan caj pelaksanaan termasuk kajian sistem, penyesuaian dan program latihan.

vii. Lain-lain *

 
  • Yuran guaman untuk dokumentasi yang disediakan untuk kemudahan pembiayaan yang disediakan oleh MIDF tidak termasuk yuran setem, yuran pembayaran, yuran adjudikasi dan kos lain.
  • Yuran perundingan untuk projek-projek yang dijalankan oleh syarikat-syarikat untuk tujuan operasi perniagaan berkaitan dengan automasi (dibayar balik sekiranya automasi & modensasi dilaksanakan dalam masa tertentu – dari laporan tarikh perjanjian).

* Diguna pakai oleh PKS sahaja.

5. Peratusan Pembiayaan:

 
  • Sehingga 100% untuk membiayai jumlah pokok pinjaman yang sedia ada dengan institusi kewangan lain (bangunan kilang/mesin/peralatan/acuan/perkakasan/”jigs”/”fixtures”);
  • Sehingga 90% untuk perbelanjaan lain yang berkelayakan;
  • Sehingga 65% mesin dan peralatan yang terpakai /baikpulih
  • Pembiayaan Modal Kerja
    • Sehingga 100% untuk Kredit Pusingan Pembelian;
    • Sehingga 90% untuk Kredit Pusingan Jualan;
    • Sehingga 90% untuk Pembiayaan Berjangka Modal Kerja; dan
    • Sehingga 80% untuk Pemfaktoran

6. Tempoh Bayaran Balik:

 
  • Kilang/Bangunan
    Sehingga 25 tahun termasuk tempoh tangguh sehingga 2 tahun
  • Mesin & Peralatan
    Sehingga 10 tahun termasuk tempoh tangguh sehingga 3 tahun
  • Kredit Pusingan
    Sehingga 150 hari bagi setiap pengeluaran termasuk pilihan ‘rollover’ untuk tempoh tidak melebihi 60 hari
  • Pemfaktoran
    Sehingga 180 hari untuk setiap pengeluaran
  • Pembiayaan Berjangka Modal Kerja dan Perbelanjaan lain yang layak
    Sehingga 3 tahun termasuk tempoh tangguh sehingga 6 bulan

7. Faedah/Kadar Keuntungan:

 
  • 4.0% setahun ke atas baki tahunan (PKS)*
  • 5.0% setahun ke atas baki tahunan. (Bukan-PKS)

*Definisi PKS dalam sektor perkilangan: Nilai jualan tahunan tidak melebihi RM50 juta atau pekerja sepenuh masa tidak melebihi 200 pekerja.

Dana Kecemasan PKS (SMEEF)
Skim Pinjaman Mudah Untuk Sektor Perkhidmatan (SFSSS)

SFSSS telah ditubuhkan dan dibiayai oleh Kerajaan Malaysia untuk menyediakan bantuan pembiayaan kepada syarikat dan perusahaan dalam sektor perkhidmatan.

Objektif skim ini adalah:-

  1. Untuk menyediakan bantuan pembiayaan kepada syarikat permulaan dan/atau perusahaan dalam mewujudkan usahawan perkhidmatan baru; dan
  2. Untuk memberikan bantuan pembiayaan kepada sektor perkhidmatan untuk berkembang/menaik taraf/memodenkan/mempelbagaikan perkhidmatan mereka kepada aktiviti nilai tambahan yang lebih tinggi dan meningkatkan produktiviti dan kecekapan dalam penyampaian perkhidmatan.

Skim ini menyediakan pembiayaan kepada syarikat dan perusahaan untuk pembelian aset tetap seperti tanah/bangunan, mesin/peralatan dan perkakasan dan perisian ICT, untuk pembelian atau pembinaan atau pengubahsuaian premis perniagaan dan untuk keperluan modal kerja.

MIDF adalah agensi pelaksana Skim yang ditadbirkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

Kriteria Untuk Kelayakan dan Ciri-ciri Utama

1. Kelayakan:
 
  • Syarikat-syarikat yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 atau perusahaan yang didaftarkan di bawah Ordinan Pendaftaran Perniagaan 1956 atau perkhidmatan pembekal yang berdaftar di bawah Sijil Amalan mana-mana Badan Pengawalseliaan Profesional;
  • Sekurang-kurangnya 60% ekuiti dimiliki oleh rakyat Malaysia; dan,
  • Mempunyai lesen premis yang sah.

2. Sektor:

 
  • Perkhidmatan (tidak termasuk kewangan, insuran, utiliti and sektor pembinaan).

3. Jumlah Pembiayaan:

 
  • Minimum: RM100,000.
  • Maksimum: RM5 juta.

4. Perkara-perkara yang Layak untuk Pembiayaan:

  Aset Tetap
  • Tanah & bangunan dan bangunan/premis yang sudah siap (termasuk pengubahsuaian).
  • Mesin/peralatan/kenderaan bermotor/perkakasan & perisian dan aset tetap yang lain.
Modal Kerja
  • Modal kerja seperti pembelian bahan mentah dan barangan dagangan.
  • Modal kerja untuk pengiklanan dan kos promosi seperti pengiklanan media, pembangunan laman sesawang e-dagang dan percetakan bahan-bahan promosi.

5. Peratusan Pembiayaan:

 

Aset Tetap

    • Tanah & bangunan - sehingga 100% daripada kos tanah/pembinaan bangunan/premis siap dibina dan pengubahsuaian.
    • Mesin/peralatan/kenderaan bermotor/perkakasan & perisian dan aset tetap yang lain - sehingga 80% daripada kos aset tetap yang baru.
    • Mesin / peralatan / kenderaan bermotor yang tidak melebihi 5 tahun - sehingga 60% dari kos aset tetap yang digunakan / dibaikpulih.

Modal Kerja

    • Sehingga 100% untuk Kredit Pusingan Pembelian.
    • Sehingga 80% untuk Kredit Pusingan Jualan.
    • Sehingga 50% daripada kos pengiklanan dan promosi.

6. Pembayaran Balik:

 

Aset tetap

  • Tanah & bangunan - sehingga 15 tahun termasuk tempoh tangguh sehingga 2 tahun.
  • Mesin/peralatan/kenderaan bermotor/aset tetap yang lain - sehingga 6 tahun termasuk tempoh tangguh sehingga 1 tahun.
  • Perkakasan & perisian – Sehingga 4 tahun termasuk tempoh tangguh sehingga 1 tahun..

Modal Kerja:-

  • Kredit Pusingan Pembelian & Jualan – sehingga 150 hari bagi setiap pengeluaran termasuk pilihan ‘rollover’untuk tempoh tidak melebi 60 hari untuk peminjam yang layak.
  • Kos pengiklanan dan promosi – sehingga 3 tahun termasuk tempoh tangguh sehingga 1 tahun..

7. Faedah/Kadar Keuntungan:

 
  • 4.0% setahun pada kadar tahunan untuk PKS.
  • 5.0% setahun pada kadar tahunan untuk bukan PKS.

Definisi PKS seperti yang diiktiraf oleh Majlis Pembangunan PKS Kebangsaan (NSDC):-

  Perolehan jualan tidak melebihi RM20 juta atau pekerja sepenuh masa tidak melebihi 75 orang.
 
Pinjaman Mudah untuk Usahawan Automotif Bumiputera (SFBAE)

SFBAE telah ditubuhkan dan dibiayai oleh Kerajaan Malaysia bagi membantu usahawan Bumiputera yang memiliki Permit Terbuka (AP) untuk mengembangkan dan mempelbagaikan perniagaan berkaitan automotif atau sektor perniagaan lain di samping untuk mengekalkan dan meningkatkan penyertaan Bumiputera dalam industri automobil.

MIDF adalah agensi pelaksana Skim ini yang ditadbirkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

Kriteria Untuk Kelayakan dan Ciri-ciri Utama

1. Kelayakan:
  Syarikat-syarikat yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 dan Akta Syarikat 2016 yang mempunyai:
  • Pemegang AP terbuka untuk kenderaan penumpang (tidak termasuk motosikal);
  • Pemegang AP terbuka untuk motosikal yang menjadi ahli berdaftar Persatuan Pengimpot Dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (PEKEMA);
  • Sebuah syarikat usaha sama dengan kawalan kepentingan ekuiti yang dipegang oleh pemegang AP Terbuka; 
  • Sebuah syarikat yang mempunyai kepentingan mengawal dimiliki oleh Pengarah atau pemegang saham oleh pemegang AP Terbuka dan aspek mengawal ditunjukkan dalam pegangan ekuiti, ahli-ahli Lembaga Pengarah syarikat, pengurusan, teknikal dan penyeliaan; 
  • Sebuah syarikat usaha sama dengan saham yang dimiliki oleh pemegang AP Terbuka dan Pengarah atau pemegang saham oleh Pemegang AP terbuka dengan kawalan kepentingan ekuiti; dan
  • Mempunyai lesen premis yang sah.

2. Sektor:

 
  • Perkilangan;
  • Perkhidmatan tidak termasuk kewangan dan perkhidmatan insurans; dan
  • Aktiviti perniagaan yang berkaitan dengan bukan automotif seperti yang diluluskan oleh Jawatankuasa Kumpulan Wang yang ditubuhkan di bawah Surat Ikatan Amanah Bagi Kumpulan Wang Amanah Dana Automotif Bumiputera Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri bertarikh 23 Oktober 2015.

3. Jumlah Pembiayaan:

 
  • Minimum: RM100,000.
  • Maksimum: RM5,000,000.

4. Butir-butir Yang Layak Untuk Pembiayaan :

 
  • Pembelian tanah & pembinaan bangunan atau pembelian bangunan yang sudah siap;
  • Pengubahsuaian/peningkatan pusat perkhidmatan;
  • Pembelian mesin/peralatan baru/terpakai/baik pulih; *
  • Pembelian aset tetap lain yang berkaitan dengan industri automotif;
  • Kos yang terlibat atau yang akan ditanggung dalam mendapatkan status pengedar automotif daripada pemegang francais yang sedia ada; dan
  • Modal kerja dalam bentuk:-
    • Kredit Pusingan Pembelian - keperluan modal kerja bagi pembelian bahan mentah/stok/bahan isian semula/alat ganti/ perkhidmatan yang dibekalkan oleh pembekal/sub-kontraktor yang digunakan dalam operasi perniagaan;
    • Kredit Pusingan Jualan - keperluan modal kerja yang berkaitan dengan jualan dan/atau bekalan atau penyediaan barangan atau produk atau perkhidmatan; atau
    • Pinjaman Berjangka – keperluan modal kerja bagi pembelian bahan mentah/stok/bahan guna pakai/alat ganti yang dibekalkan oleh pembekal/sub-kontraktor yang digunakan dalam operasi perniagaan;*
* Untuk pembelian mesin dan peralatan terpakai/baik pulih, usia hendaklah tidak melebihi 5 tahun.

5. Peratusan Pembiayaan:

 
  • Sehingga 100% daripada kos tanah/pembinaan bangunan/ bangunan siap sedia atau pengubahsuaian/peningkatan pusat perkhidmatan atau mesin/peralatan baru dan/atau aset tetap yang berkaitan;
  • Sehingga 65% daripada kos mesin/peralatan terpakai/baik pulih dengan usia tidak melebihi 5 tahun;
  • Sehingga 80% daripada kos yang terlibat atau yang akan ditanggung dalam mendapatkan status pengedar automotif daripada pemegang francais yang sedia ada;
  • Modal Kerja:
    • Sehingga 100% untuk Kredit Pusingan Pembelian;
    • Sehingga 80% untuk Kredit Pusingan Jualan;
    • Sehingga 80% untuk Pembiayaan Berjangka; dan
    • Sehingga 80% untuk Pemfaktoran.

6. Bayaran Balik:

 
  • Tanah & Bangunan – sehingga 25 tahun termasuk tempoh tangguh sehingga 2 tahun;
  • Mesin/Peralatan/Aset Tetap yang berkaitan – sehingga 6 tahun termasuk tempoh tangguh sehingga 1 tahun;
  • Peralatan IT – sehingga 4 tahun termasuk tempoh tangguh sehingga 1 tahun;
  • Mendapatkan status pengedar automotif - sehingga 3 tahun termasuk tempoh tangguh sehingga 1 tahun; dan,
  • Modal kerja
    • Kredit Pusingan Pembelian & Jualan – sehingga 150 hari bagi setiap pengeluaran termasuk pilihan ‘rollover’ bagi tempoh tidak melebihi 60 hari untuk pelanggan yang layak ; dan
    • Pinjaman Berjangka – sehingga 3 tahun termasuk tempoh tangguh sehingga 1 tahun.
    • Pemfaktoran – sehingga 180 hari untuk setiap pengeluaran.

7. Faedah/Kadar Keuntungan:

 
  • 3.5% setahun ke atas baki tahunan.
 
Skim Pinjaman Mudah Untuk Pembangunan Kapasiti Perkhidmatan (SFSCD)
Skim Pinjaman Mudah Bagi Perusahaan Kecil & Sederhana (SFSME)

SFSME telah dilancarkan pada Disember 2001 untuk menggalakkan pembangunan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Malaysia. Skim ini membantu PKS baru dan sedia ada untuk pembiayaan projek, aset tetap (bangunan, mesin, dan peralatan industri) dan  modal kerja. 

Dana untuk Skim ini disalurkan oleh Kerajaan Malaysia melalui SME Corporation Malaysia dan MIDF dilantik sebagai agensi pelaksanaan Skim ini.

Kriteria Kelayakan dan Ciri-ciri Utama

1. Kelayakan:

 
  1. PKS yang diperbadankan dibawah Akta Syarikat 1965 atau Ordinan Pendaftaran Perniagaan 1956;
  2. Sekurang-kurangnya 60% ekuiti dimiliki oleh rakyat Malaysia;
  3. Mempunyai lesen premis yang sah; dan
  4. PKS dengan pegangan saham tidak melebihi 20% yang dipegang oleh syarikat-syarikat awam yang tersenarai (jika berkenaan).

2. Sektor-Sektor:

 
  • Pembuatan
  • Perkhidmatan berkaitan pembuatan.
  • Perkhidmatan (tidak termasuk insurans dan perkhidmatan kewangan).

3. Jumlah Pembiayaan:

 
  • Minimum: RM50,000.
  • Pembiayaan Projek (tanah industri & kilang) - Maksimum RM5 Juta. 
  • Pembiayaan Aset Tetap (tanah industri/kilang/mesin/peralatan industri)– Maksimum RM5 Juta.
  • Pembiayaan Modal Kerja - Maksimum RM3 juta
  • Perkakasan/Perisian IT - Maksimum RM500,000. 

4. Perkara-perkara yang Layak untuk Pembiayaan:

 
  • Tanah industri/komersil dan pembinaan kilang/premis perniagaan, kilang/premis perniagaan siap dibina, mesin dan peralatan industri, dan perkakasan/perisian IT.
  • Kos yang ditanggung untuk pengubahsuaian awal premis perniagaan dan penaikkan taraf paparan kedai untuk perdagangan runcit.
  • Modal kerja.

5. Peratusan Pembiayaan

  Aset Tetap/Perkakasan/Perisian IT:-
  • Sehingga 90% daripada kos aset baru - (tanah industri/kilang/mesin/peralatan industri).
  • Sehingga 65% untuk mesin/peralatan terpakai/baikpulih yang tidak berusia melebihi 5 tahun.
Modal Kerja:-
  • Sehingga 100% untuk Kredit Pusingan Pembelian
  • Sehingga 80% untuk Kredit Pusingan Jualan.
  • Sehingga 90% untuk Pembiayaan Berjangka
  • Sehingga 80% untuk Pemfaktoran

6. Pembayaran Balik:

  Aset Tetap/Perkakasan/Perisian IT:-
  • Tanah dan bangunan – sehingga 25 tahun termasuk tempoh tangguh sehingga 2 tahun.
  • Mesin dan peralatan industri – sehingga 7 tahun termasuk tempoh tangguh sehingga 1 tahun.
  • Perkakasan/Perisian IT – sehingga 4 tahun termasuk tempoh tangguh sehingga 1 tahun.

Modal Kerja:-

  • Kredit Pusingan Pembelian & Jualan – sehingga 150 hari untuk setiap pengeluaran termasuk pilihan ‘rollover’ untuk tempoh tidak melebihi 60 hari  bagi peminjam yang layak.
  • Pembiayaan Berjangka – sehingga 3 tahun termasuk tempoh tangguh sehingga 6 bulan.
  • Pemfaktoran – sehingga 180 hari untuk setiap pengeluaran.

7. Kadar Faedah/Keuntungan:

 
  • 4% setahun ke atas baki tahunan.

Definisi PKS seperti yang diiktiraf oleh Majlis Pembangunan PKS Kebangsaan (NSDC):-

 
Perkilangan: Perolehan Jualan tidak melebihi RM50 juta atau pekerja sepenuh masa tidak melebihi 200 orang.
Perkhidmatan dan Sektor-sektor lain:   Perolehan Jualan tidak melebihi RM20 juta atau pekerja sepenuh masa tidak melebihi 75 orang.
 
Pembiayaan Pengukuhan PKS (SMERF)

 

Objektif
 
  • Menyediakan bantuan kewangan yang menyeluruh bagi PKS berdaya maju yang menghadapi kekangan kewangan serta PKS dari sektor terpinggir;
  • Meningkatkan kecairan aliran tunai PKS yang berdaya maju bagi membantu PKS mencapai matlamat perniagaan melalui pengukuhan teras utama perniagaan, meningkatkan kapasiti dan kebolehan pasaran, meningkatkan tahap produktiviti serta mengwujudkan peluang pekerjaan baharu;
  • Menyediakan akses pembiayaan kepada PKS dengan syarat pembiayaan yang minima;
  • Pembiayaan kepada PKS baharu dan yang berdaya maju;
  • Mewujudkan perniagaan yang kompetitif melalui peningkatan tahap boleh pasaran produk, pengembangan pasaran serta adaptasi teknologi dan modenisasi.
 

Kriteria Kelayakan dan Ciri-ciri Utama

 

1. Kelayakan:

 

Syarikat yang diperbadankan di Malaysia dan:

  • Sekurang-kurangnya 60% ekuiti saham dipegang oleh rakyat Malaysia
  • Memiliki lesen perniagaan yang sah. Walaubagaimanapun, pengecualian boleh dipertimbangkan mengikut kesesuaian serta tertakluk kepada kelulusan.
  • Mempunyai rancangan perniagaan yang berdaya maju
  • Perniagaan yang telah beroperasi lebih dari 6 bulan.
  • PKS seperti yang dijelaskan dan disokong oleh Majlis Pembangunan Usahawan dan PKS Kebangsaan (MPUPK), seperti juga telah dipinda dari semasa ke semasa, yang merangkumi semua entiti perniagaan mikro, kecil dan sederhana yang didaftarkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), pihak berkuasa, pegawai daerah (Sabah atau Sarawak) atau badan berkanun bagi badan penyedia perkhidmatan profesional

Nota: Status PKS bukan satu prasyarat untuk memohon, MIDF akan menyalurkan maklumat permohonan yang diluluskan kepada SME Corp. Malaysia untuk pendaftaran status PKS.

2. Sector:

 
  • Semua sektor ekonomi

3. Jumlah Pembiayaan:

 
  • Minimum: RM50,000
  • Maksima: RM250,000.00

Catatan: Bagi setiap permohonan

4. Butiran Kelayakan Untuk Pembiayaan:

 
  • Pembiayaan Aset 
    • Mesin/ Peralatan/ Kenderaan Perniaagan Komersial

    • Perkakasan/ Perisian ICT

  • Modal Kerja

Nota: Skim ini tidak boleh digunakan untuk pembiayaan semula kemudahan kredit / pembiayaan yang sedia ada

 

5. Peratusan Pembiayaan:

 
  • Sehingga 90% daripada jumlah kos berdasarkan perbelanjaan yang layak

6. Tempoh Bayaran Balik:

 

Sehingga 7 tahun termasuk tempoh moratorium dan tempoh tangguh

Nota: Tempoh moratorium dan/atau tempoh tangguh adalah pilihan ditawarkan kepada pelanggan

  • Moratorium sehingga 6 bulan; dan/ atau
  • Tempoh tangguh sehingga 6 bulan 

7. Faedah/Kadar Keuntungan:

 
  • 3% setahun atas kadar baki berkurangan.

 

Pembiayaan Biz Perkhidmatan (SBF)

 

Objektif
 
  • Mendorong syarikat-syarikat perkhidmatan mengembangkan pasaran di peringkat tempatan dan global;
  • Membantu syarikat-syarikat sedia ada dan baharu untuk meningkatkan aliran tunai syarikat serta membantu mengurangkan kos menjalankan ativiti perniagaan;
  • Membantu syarikat-syarikat perkhidmatan dalam memperluas/ menaik taraf/ memoden/ mempelbagai perkhidmatan sedia ada ke dalam aktiviti nilai tambah yang lebih tinggi dan meningkatkan produktiviti serta kecekapan dalam penyampaian perkhidmatan
  • Untuk meningkatkan kapasiti pembangunan syarikat-syarikat tempatan dalam menghadapi persaingan sengit kesan daripada liberalisasi.
 

Kriteria Kelayakan dan Ciri-ciri Utama

 

1. Kelayakan:

 
  • Syarikat yang didaftarkan di bawah Akta Syarikat 2016 atau milikan tunggal yang didaftarkan di bawah Ordinan Pendaftaran Perniagaan 1956 atau profesional yang didaftarkan di bawah Sijil Amalan mana-mana Badan Pengawalseliaan Profesional;
  • Sekurang-kurangnya 51% ekuiti dipegang oleh rakyat Malaysia;
  • Memiliki lesen perniagaan yang sah yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan.

2. Sector:

 

Semua sektor perkhidmatan dengan keutamaan kepada 12 subsektor yang dipromosikan:

  • Hotel
  • Pelancongan
  • Pengangkutan
  • Teknologi Hijau
  • Pembinaan & Pembaikan Kapal
  • Penjagaan kesihatan
  • Pendidikan
  • Perkhidmatan Profesional
  • Teknologi Maklumat & Komunikasi
  • Penyelidikan & Pembangunan (R&D)
  • Gas & Minyak
  • Perkhidmatan Berkaitan Pembuatan (MRS)

3. Jumlah Pembiayaan:

 
  • Minimum: RM50,000
  • Maksimum: RM5,000,000.00

Catatan: Had maksimum adalah bagi setiap satu syarikat

4. Butiran Kelayakan Untuk Pembiayaan:

i. Projek

 
  • Meliputi keseluruhan kos item projek termasuk perbelanjaan sebelum operasi.

ii. Perolehan asset

 
  • Tanah & Bangunan
    • Pembelian premis baharu / siap dibina
    • Pembelian tanah dan pembinaan bangunan
    • Gadai janji - bebas daripada bebanan
    • Pembiayaan semula - gadaian harta tanah ke bank lain *
    • Pengubahsuaian
    • Perbelanjaan lain yang layak
Nota: * Pembiayaan semula kemudahan sedia ada dengan bank lain sehingga jumlah pokok/ prinsipal sahaja.

  • Mesin/ Peralatan/ Kenderaan Bermotor
    • Baharu
    • Terpakai/ Diperbaharui **
    • Perbelanjaan lain yang layak
Nota: ** tidak lebih dari 5 tahun

  • Perkakasan dan Perisian ICT Baharu
    • Termasuk perbelanjaan lain yang layak
 
iii. Modal Kerja
 
  • Pembelian komponen/ inventori/ bahan mentah dll.
  • Kos pengiklanan dan promosi.

    • Perbelanjaan-perbelanjaan berkaitan seperti pengiklanan media, pembangunan laman web e-dagang, percetakan bahan promosi dll.
    • Kos sehingga 12 bulan
  • Akreditasi/ Perakuan/ Pelesenan/ Latihan
    • Untuk memenuhi piawaian Tempatan/ Global

  • Penyelidikan dan Pembangunan (R&D)

  • Perbelanjaan Operasi (OPEX)
    • Perbelanjaan harian operasi (cth: Gaji kakitangan/ utiliti dan lain-lain).

    • Sehingga 6 bulan

 5. Peratusan Pembiayaan:

 
  • Perolehan aset

(a)       Tanah & Bangunan

-             Sehingga 100%

(b)     Mesin/ peralatan/ kenderaan bermotor dan perbelanjaan lain yang layak

 i.            Baharu

  

-             Sehingga 90%

ii.          Terpakai/ Diperbaharui*

-            Sehingga 65%

iii.         Perkakasan dan Perisian ICT

-             Sehingga 90%


  • Modal Kerja - Sehingga 100%

6. Tempoh Bayaran Balik:

 
  • Perolehan Aset

(a)       Tanah & Bangunan

 

-

Sehingga 20 tahun
Termasuk tempoh tangguh sehingga 2 tahun

(b)     Mesin/ Peralatan/ Kenderaan Bermotor/ perbelanjaan lain yang layak

-

Sehingga 7 tahun
Termasuk tempoh tangguh sehingga 1 tahun

(c)      Perkakasan/ perisian ICT/ perbelanjaan lain yang layak

-

Sehingga 7 tahun
Termasuk tempoh tangguh sehingga 1 tahun


  • Modal Kerja

-

Sehingga 7 tahun
Termasuk tempoh tangguh sehingga 6 bulan 

7. Faedah/Kadar Keuntungan:

 
  • 4% setahun bagi PKS
  • 5% setahun bagi Bukan PKS

 

Pembiayaan Biz Lestari & Hijau (SGBF)

 

Objektif
 
  • Menggalakkan serta meningkatkan penggunaan teknologi hijau dan kecekapan tenaga di kalangan penggiat industri tempatan;
  • Menggalakkan penggunaan sistem kecekapan tenaga dan penggunaan proses pembuatan ‘hijau’;
  • Membantu meningkatkan kebolehpasaran syarikat tempatan dengan penggunaan teknologi hijau dan kecekapan tenaga ke pasaran nasional & global;
  • Membantu penggiat industri tempatan meningkatkan aliran tunai dan mengurangkan kos perniagaan.
 

Kriteria Kelayakan dan Ciri-ciri Utama

 

1. Kelayakan:

 
  • PKS atau bukan PKS yang berdaftar di SSM;
  • Sekurang-kurangnya 51% ekuiti/ pemilikan dimiliki oleh rakyat Malaysia;
  • Memiliki lesen perniagaan yang sah yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan;
  • Telah beroperasi selama lebih dari 6 bulan.

2. Sector:

 
  • Sektor Pembuatan dan Perkhidmatan.

3. Jumlah Pembiayaan:

 
  • Minima: RM100,000.00
  • Maksimum: RM10,000,000.00

4. Butiran Kelayakan Untuk Pembiayaan:

i. Perolehan aset

 
  • Tanah & Bangunan
    • Pembelian premis baru/ siap dibina
    • Pembelian tanah dan pembinaan bangunan
    • Gadai janji - bebas daripada bebanan
    • Pembiayaan semula - gadaian harta tanah ke bank lain*
    • Pengubahsuaian

Nota:

  • * Pembiayaan semula kemudahan sedia ada dengan bank lain sehingga jumlah pokok/ prinsipal sahaja
  • * Hanya terpakai untuk projek khusus yang berkaitan dengan pembangunan persekitaran lestari dengan kecekapan dan penyelesaian tenaga yang boleh diperbaharui.

  • Mesin/ Peralatan/ Kenderaan Bermotor Komersial
    • Baharu

    • Terpakai/ Diperbaharui **

Catatan: ** Tidak melebihi 5 tahun

  • Perkakasan & perisian ICT (baharu sahaja)
    • Pemerolehan teknologi terkini

ii. Modal kerja

 
  • Akreditasi/ Perakuan/ Pelesenan/ Latihan

    • Untuk memenuhi piawaian Tempatan/ Global

  • Perbelanjaan Operasi (OPEX)

    • Perbelanjaan harian operasi syarikat (cth. Gaji kakitangan/ utiliti dan lain-lain)

  • Sebarang perbelanjaan lain untuk membiayai perbelanjaan jangka pendek tidak termasuk aset tetap
  • Perbelanjaan lain
    • Bayaran fi undang-undang & pengeluaran yang berkaitan dengan pembiayaan MIDF tidak termasuk bayaran duti setem;
    • Premium insurans tahun pertama; dan
    • Bayaran SJPP tahun pertama
 
5. Peratusan Pembiayaan:
 
  • Perolehan Aset

(a)       Tanah & Bangunan 

-

Sehingga 100%

(b)       Mesin/ peralatan/ kenderaan bermotor

 i.         Baharu

ii.       Terpakai/ Diperbaharui*

­-

 Sehingga 90% dari harga belian

 

 

(c)        Perkakasan dan perisian ICT baharu

-

Sehingga 90% dari harga belian 



  • Modal Kerja

-

Sehingga 100%

Catatan: OPEX dihadkan sehingga 30% dari had pembiayaan modal kerja yang dicadangkan atau maksimum RM1.0 juta


6. Tempoh Bayaran Balik:

 
  • Perolehan Aset

(a)          Tanah & Bangunan

-

Sehingga 25 tahun
Termasuk tempoh tangguh sehingga 3 tahun

(b)         Mesin/ Peralatan/ Kenderaan Bermotor Komersial

 

 

i.   Baharu

-

Sehingga 9 tahun
Termasuk tempoh tangguh sehingga 1 tahun 

ii.  Terpakai/ Diperbaharui*

-

Sehingga 7 tahun
Termasuk tempoh tangguh sehingga 1 tahun

(c)       Perkakasan/ perisian ICT baharu

-

Sehingga 7 tahun
Termasuk tempoh tangguh sehingga 6 bulan



  • Modal Kerja

-

Sehingga 7 tahun
Termasuk tempoh tangguh sehingga 6 bulan

7. Faedah/Kadar Keuntungan:

 
  • 2% setahun bagi PKS
  • 5% setahun bagi bukan PKS

 

Skim Pinjaman Mudah Bagi Digital & Teknologi (SFDT)

 

Objektif
 
  • Meningkatkan penggunaan e-dagang di kalangan PKS tempatan;
  • Meningkatkan kebolehpasaran produk PKS tempatan ke pasaran nasional dan global;
  • Mendorong dan meningkatkan penggunaan teknologi digital di kalangan PKS tempatan untuk meningkatkan daya saing dan kecekapan.
 

Kriteria Kelayakan dan Ciri-ciri Utama

 

1. Kelayakan:

 
  • PKS yang diperbadankan di Malaysia di bawah Akta Syarikat 1965/2016 atau syarikat yang didaftarkan di bawah Ordinan Pendaftaran Perniagaan 1956
  • Sekurang-kurangnya 60% ekuiti saham syarikat dipegang oleh rakyat Malaysia
  • Memiliki lesen perniagaan sah yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan
  • Telah beroperasi selama lebih dari 6 bulan

2. Sector:

 
  • Semua sektor ekonomi

3. Jumlah Pembiayaan:

 
  • Minima: RM30,000.00
  • Maksima: RM1,000,000.00

4. Butiran Kelayakan Untuk Pembiayaan: 

 
  • Perkakasan dan Perisian IT;
  • Kenderaan Bermotor/ Mesin/ Peralatan;
  • Pembiayaan Modal Kerja Berjangka untuk:
    • Kos operasi sehingga 6 bulan;
    • Penyenaraian produk di pasaran e-dagang atau ke pasar raya runcit;
    • Kos iklan dan promosi sehingga kos 1 tahun;
    • Kos Perakuan / Perlesenan
  • Modal Kerja Kredit Pusing Pembelian & Jualan untuk pembelian bahan mentah dan stok; atau
  • Pembiayaan kontrak untuk membiayai pembelian / Pembayaran hutang dari mana-mana Kementerian / agensi Kerajaan / syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang berkaitan dengan platform ekonomi digital.
 
 


5. Peratusan Pembiayaan:

 
  • Sehingga 90% daripada jumlah kos mengikut item yang layak termasuk kos guaman bagi pembiayaan.

6. Tempoh Bayaran Balik:

 
  • Perkakasan dan perisian IT

    • Sehingga 5 tahun termasuk tempoh tangguh sehingga 1 tahun.
  • Pembelian kenderaan bermotor / Mesin / Peralatan

    • Sehingga 5 tahun termasuk tempoh tangguh sehingga 1 tahun
  • Modal kerja:

    • Modal Kerja Pembiayaan Berjangka: Sehingga 5 tahun termasuk tempoh tangguh sehingga 6 bulan

    • Modal Kerja Pusingan: Tertakluk kepada semakan tahunan. Sehingga 150 hari untuk setiap pengeluaran termasuk pilihan pengeluaran untuk jangka masa tidak melebihi 60 hari bagi pelanggan yang layak.

    • Kemudahan Pembiayaan Kontrak:

      • Pra pembiayaan sehingga 180 hari; dan
      • Pembiayaan pasca (pemfaktoran) sehingga 120 hari

7. Faedah/Kadar Keuntungan:

 
  • 4% setahun atas kadar baki berkurangan.

 

Piagam Pelanggan

Piagam Pelanggan
Kami di Bahagian Pembangunan Kewangan (DFD), berikrar untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan kami melalui komitmen-komitmen ini:

  • Menilai semua permohonan kemudahan pembiayaan dengan adil dan tanpa prejudis, selaras dengan keperluan undang-undang-undang, seperti yang ditetapkan oleh pihak berkuasa yang berkaitan.
  • Memberikan perkhidmatan dengan penuh hormat, persefahaman dan ikhlas, kepada semua pihak.
  • Berusaha untuk menyediakan kemudahan pembiayaan sedia ada yang paling sesuai yang berpadanan dengan keperluan kewangan pelanggan-pelanggan kami.
  • Memproses permohonan bagi kemudahan pembiayaan setelah menerima semua dokumen / maklumat yang diperlukan dan menyampaikan keputusan permohonan tepat pada masanya.
  • Mengagihkan kemudahan yang diluluskan dengan segera, apabila diminta oleh pelanggan-pelanggan kami, dengan dokumentasi yang betul dan lengkap.
  • Memastikan aset / harta / dokumen / maklumat yang diserahkan kepada kami atau disimpan dalam jagaan kami akan dilindungi, dari segi integriti dan kerahsiaannya.
  • Menjawab sebarang pertanyaan atau maklum balas dengan cara yang cepat dan sopan.
  • Memaklumkan kepada orang ramai mengenai perkembangan terkini DFD dan skim pembiayaan yang ada.
Pencapaian Piagam Pelanggan

Piagam Pelanggan Pencapaian
Okt - Dec 2019 Jan - Mac 2020 Apr - Jun 2020 Julai - Sept 2020 Okt - Dec 2020

30 hari - Keputusan untuk permohonan pinjaman

100% - - - -

Share:

Submit to FacebookSubmit to Google PlusSubmit to TwitterSubmit to LinkedIn