Kekuatan institusi terletak pada asasnya. Kisah kami bermula 30 Mac 1960 dengan satu matlamat –untuk menggalakkan pembangunan industri pembuatan di Malaysia melalui penyediaan sederhana dan jangka panjang pinjaman. Pinjaman pertama kami telah diluluskan pada 17 November 1960, bagi sebuah syarikat pengeluar mancis - Sincere Match and Tobacco Factory Sendirian Berhad yang sehingga hari ini, masih menghasilkan mancis terkenal, 'Flying Man'. Kami terus meluluskan pinjaman dengan fokus membantu beberapa syarikat kecil yang kini agen pengarusperdana dalam bidang dan industri masing-masing.

Kini, MIDF memainkan peranan penting dalam transformasi negara terutamanya bagi memastikan akses kepada pembiayaan bagi perusahaan kecil dan sederhana berasaskan pengeluaran sebagai sebahagian daripada strategi Malaysia untuk mempercepatkan pembangunan sektor perindustrian.

Share:

Submit to FacebookSubmit to Google PlusSubmit to TwitterSubmit to LinkedIn