Kumpulan MIDF menyediakan perkhidmatan kewangan dalam empat bidang teras perniagaan, iaitu, perbankan pelaburan, pembiayaan pembangunan perniagaan (development finance), pengurusan aset / dana dan pembiayaan mezanin.

MIDF Investment Bank (MIDF Investment) menyediakan kepelbagaian perkhidmatan berkaitan perbankan pelaburan termasuk pasaran modal hutang (sekuriti Islam dan instrumen hutang konvensional), kewangan korporat, penanggungan ekuiti, aktiviti perbendaharaan, perkhidmatan pembrokeran ekuiti dan penyelidikan ekonomi dan ekuiti .

Bahagian Pembangunan Kewangan MIDF menggalakkan pembangunan sektor perkhidmatan dan perindustrian di Malaysia melalui penyediaan pembiayaan bagi syarikat-syarikat Malaysia.

MIDF Amanah Asset Management Berhad (MIDF Amanah) menyediakan perkhidmatan pengurusan aset / dana kepada badan-badan berkanun, dana pencen swasta, syarikat insurans, dana berkaitan kerajaan negeri, badan-badan amal dan yayasan, dan syarikat-syarikat.

Amanah International Finance (AIF) menyediakan pembiayaan mezanin bagi pemaju hartanah dan pemilik yang mendapatkan pertumbuhan melalui pelaburan dalam sektor ini. Rangkaian produknya termasuk pembiayaan Islam dan konvensional, daripada profesional-profesional kewangan dan perbankan yang berpengalaman. 

Visi Kami

Visi kami adalah untuk menyediakan perkhidmatan kewangan bersepadu yang berwibawa, dengan  menambah nilai semua yang berkepentingan terhadap MIDF. Kami akan terus progresif dan inovatif dalam menggunakan kepakaran kami dalam pasaran modal untuk merebut peluang yang mengukuhkan kedudukan kami di industri kewangan dan perbankan.

Misi Kami  

Misi kami adalah untuk membantu pelanggan dalam merebut peluang, serta untuk menyokong pertumbuhan ekonomi negara, dengan menyediakan produk dan perkhidmatan dalam perbankan pelaburan, pembangunan kewangan, pengurusan aset / dana dan pembiayaan mezanin.

Nilai Teras

>> Integriti

Untuk mengamalkan perilaku sosial dan beretika tertinggi dalam semua urusan samada dengan pelanggan, pemegang saham, kakitangan mahupun orang ramai.

>> Komitmen
Untuk berdedikasi dan bersemangat untuk menyempurnakan dan menjayakan semua tugas-tugas dan sentiasa berusaha untuk mencapai kecemerlangan dalam menyediakan perkhidmatan yang cemerlang kepada pelanggan kami.

>> Kecemerlangan
Untuk menyampaikan perkhidmatan bertaraf tinggi dengan pengetahuan dan kepakaran yang sedia ada.

 

Share:

Submit to FacebookSubmit to Google PlusSubmit to TwitterSubmit to LinkedIn