Pembangunan Kewangan

Sejak 30 Mac 1960, MIDF didirikan bagi tujuan menggalakkan pembangunan perindustrian Malaysia dan sejak itu telah mencapai banyak kejayaan. Kini, MIDF merupakan sebuah institusi maju yang terkenal dan adalah sebahagian daripada beberapa kisah kejayaan perniagaan-perniagaan di Malaysia.

• Pembiayaan yang Pertama di Malaysia

• Pembayaran pertama oleh MIDF kepada Sincere Match & Tobacco Factory Sdn. Bhd. pada November 1960.

• Pengilang tepung pertama, Malayan Flour Mill Bhd.

• Kilang tayar kereta pertama, Dunlop Malayan Industries Limited

• Kilang pemasangan kereta yang pertama di Malaysia, usaha sama di antara Volvo Sweden & Federal Auto Company Limited.

Hotel antarabangsa yang pertama, Kuala Lumpur Hilton.

Pemangkin pertumbuhan industri-industri utama di Malaysia, menerusi pembiayaan: - 

• Hwa Tai Food Industry Sdn. Bhd., kini merupakan jenama makanan ringan dan biskut yang  terkemuka di Malaysia.

Yeo Hiap Seng (M) Sdn. Bhd., sebuah jenama makanan perintis dan minuman di rantau ini.

• Perfect Food Industry Bhd., lebih dikenali sebagai biskut Julie, satu nama yang tidak asing di kalangan pengguna-pengguna di Malaysia.

• K.G. Pastry Manufacturing Sdn. Bhd., yang mempopularkan jenama Kawan dengan memberi tumpuan kepada makanan sejuk beku Asia, menjadikannya pengeksport terkemuka dan pengeluar terbesar kategori itu.

• Munchy Food Industries Sdn. Bhd., bermula sebagai pengilang kecil-kecilan makanan ringan dan biskut, ia kini memiliki jenama Munchy yang amat popular dan disukai ramai.

• Khind Industry Sdn. Bhd., pengeluar jenama perkakas rumah yang terkemuka dan bertaraf dunia.

• Tomei Gold & Jewellery Holding Sdn. Bhd., sebuah syarikat pengeluar dan pejual emas dan barang kemas, jenama barang kemas ternama yang popular di kalangan belia di Malaysia.

• Prestar Industries Bhd., kini dikenali sebagai Prestar Resources Bhd., sebuah syarikat tersenarai yang terlibat dalam pembuatan keluli pemprosesan dan produk keluli di Malaysia dan Vietnam.

• Malaysian Sheet Glass Bhd., sebuah syarikat pembuatan dan pemasaran kaca, yang menawarkan cermin rata, cermin keselamatan automotif dan industri.

• Citi-Link Express (M) Sdn. Bhd., sebuah syarikat pengurusan logistik, menyelesaikan isu-isu pengangkutan yang kompleks dengan menyediakan khidmat perundingan serta perkhidmatan penghantaran untuk memastikan barang-barang anda sampai ke destinasi mengikut jadual dan dalam keadaan baik.

• Radicare (M) Sdn. Bhd., sebuah syarikat pengurusan kemudahan bersepadu yang menyediakan perkhidmatan sokongan hospital bukan-klinikal, memberikan perkhidmatan bertaraf dunia, serta bertaraf tinggi dalam menguruskan khidmat kemudahan yang disediakan oleh hospital di seluruh Malaysia.

• Zaid Ibrahim & Co, firma guaman terkemuka di rantau Asia Tenggara. 

Merealisasikan cita-cita korporat.

• ‘Share issuing house’ untuk United Motor Works (Malaysia) Holdings Berhad, 1970. Kini dikenali sebagai UMW Group, salah satu daripada konglomerat industri terkemuka di Malaysia, dengan kepentingan pelbagai dan minat global dalam bidang automotif, peralatan, pengeluaran dan kejuruteraan dan minyak & gas.

• Penaja jamin untuk NSTP (Malaysia) Berhad, pada tahun 1973 yang kini merupakan syarikat media cetak terkemuka di Malaysia dengan produk-produk inovatif dan media yang menyeluruh. 

• ‘Share issuing house’  untuk Adhesive Tape Incorporated (M) Bhd, yang terkenal di rantau ini untuk jenama pita Loytape®.