Skip to main content
Cerita raya midf

Rendang Raya Fazleena

public://2023-04/Banner_1.jpg

Fazleena ialah seorang usahawan muda yang minat masak. Selama ini Fazleena hanya masak untuk dijual kepada ahli keluarga, kawan-kawan, dan jiran tetangga. Namun dari zaman universiti lagi, Fazleena menanam cita-cita untuk masak dan berniaga juadah berbuka puasa.

Maka tahun ini Fazleena akan berkongsi bakat masaknya dengan menjual rendang paling mantap di bazar Ramadan. Dia mula menonton video di YouTube, TikTok, malah dia minta bantuan ChatGPT.

"Kalau aku ikut apa influencer ajar, mesti aku boleh buat rendang paling mantap," fikir Fazleena.

Adakah Fazleena berjaya menyediakan rendang pada bulan Ramadan kali ini?

Fazleena sudah menghabiskan masa berjam-jam di dapur, mencuba pelbagai resipi dan panduan memasak rendang di media sosial, namun dia masih tidak menemui rasa rendang yang dicari-carinya.

"Ada sesuatu tidak kena dengan cara aku masak. Rasanya tidak sama macam rendang aku makan kat kampung dulu," bisik hatinya. 

Fazleena mula sedar yang dia tidak boleh meniru cara orang lain masak atau ikut panduan ChatGPT semata-mata. Dia mesti berusaha sendiri untuk masak rendang mengikut bakat dan pengalamannya

Fazleena melihat kembali satu demi satu resipi yang pernah ditulisnya semenjak zaman sekolah. Ketika itulah dia tersempak dengan resipi rendang raya yang  pernah diajar neneknya dulu.

Membaca resipi itu membuka kembali segala memori dan keenakan rendang yang pernah dirasainya di kampung bersama nenek.

"Rupanya selama ini masakan rendang sudah ada dalam tradisi keluarga. Aku saja yang lupa," fikir Fazleena.

Berpandukan ilmu rendang yang diwariskan oleh neneknya,  Fazleena kini mula masak dengan penuh yakin dan bahagia.

Akhirnya rendang paling mantap yang dicari-cari berjaya dibuat! Perniagaan Farah Ramadan kali ini laku panas.

Pada pagi raya, Fazleena membuat panggilan video kepada nenek di kampung untuk mengucapkan terima kasih kerana menurunkan ilmu masakan yang sangat berharga.

Hubungan kekeluargaan dan tradisi ialah ikatan yang tidak pernah putus.

Selamat hari raya Aidilfitri!  

Ketahui lebih lanjut: