Skip to main content
Back

Membantu PKS ke arah pemulihan

MIDF membantu PKS ke arah pemulihan: Bantuan pinjaman kewangan kerajaan & penyelesaian teknologi​.

pks

Berlandaskan usaha untuk membantu PKS ke arah pemulihan daripada pandemik Covid-19, Divisyen Kewangan Pembangunan (DFD) mempertingkatkan lagi inisiatif untuk mempromosikan ‘Bantuan Pinjaman Kewangan Kerajaan dan Penyelesaian Teknologi’ melalui program webinar yang telah berlangsung pada 5 Oktober 2021, Selasa lepas. ​

Webinar tersebut dimulakan dengan ucapan aluan oleh En Azizi Hj. Mustafa Ketua Divisyen Kewangan Pembangunan, MIDF dan diikuti oleh pembentangan dari Mr. Stanley Lo selaku wakil dari MDEC, En. Amir Sharifuddin bin Arbain dari FPT Software Malaysia Sdn Bhd dan En. Sudirman Alwi, Ketua Wilayah Sabah, Divisyen Kewangan Pembangunan, MIDF.​

Selain daripada memperkenalkan skim pembiayaan MIDF yang tersedia untuk Perbadanan Perusahaan Kecil (PKS), webinar ini juga turut membincangkan kepentingan penerapan teknologi digital untuk transformasi perniagaan. Ini adalah langkah yang penting kerana PKS perlu bersiap siaga untuk menghadapi norma baru dan juga persekitaran perniagaan yang mencabar untuk terus kekal kompetitif. ​

Webinar ini disambut baik dan mendapat penyertaan daripada 73 peserta yang mengikuti sesi berkenaan di platform Zoom dan juga siaran langsung di Facebook.​

Ask Us Anything.

Write to us and we will strive to address your queries.