Skip to main content
cerita raya midf

BFF Raya Murni

public://2023-04/Banner_3.jpg

Sibuknya semua orang bila dah dekat raya ni. Banyak barang nak shopping dan persiapan kena buat.

Murni sudah sediakan senarai barang-barang yang dia nak beli untuk raya kali ini. Ketika berbuka puasa, Murni kongsi dengan best-friendnya Sofia.

"Jom nanti teman aku shopping," kata Murni.

"Bila tu? Kau sepanjang masa busy," usik Sofia.

Begitulah Murni, dah tau busy, masih berangan nak shopping raya. Mujur BFF ada!

"Makin dekat nak raya ni, makin banyak pula kerja yang boss bagi," rungut Murni di meja pejabat.

Tiba-tiba Sofia menerpa masuk membimbit beg shopping yang banyak.

"Tengok Murni! Aku dah tolong beli semua barang raya untuk kau."

Mata Murni bersinar-sinar gembira. Lega hatinya.

Mujur BFF ada! Sekarang tinggal persiapan raya di rumah.

Barang raya semua sudah ada, tapi Murni masih sibuk menyiapkan kerja pejabat. Padahal esok dah nak raya! Tiba-tiba Murni menerima panggilan daripada Sofia.

"Murni, aku tahu kau mesti belum buat apa-apa persiapan kat rumah kan?"

"Yaaa Sofia! Peninglah. I tak tahu nak buat macam mana lagi."

"Relaks lah. Aku kan ada. Nanti aku datang rumah tolong siapkan."

Mujur BDFF ada! Murni boleh tidur malam ini dengan tenang.

Untungnya Murni ada BFF macam Sofia. Bangun pagi semua persiapan raya sudah siap. Selepas menunaikan solat raya Aidilfitri, Sofia ialah orang pertama Murni jemput datang ke rumah untuk makan ketupat dan kuih raya. 

"Mujur you ada Sofia. Terima kasih kerana tolong jadikan hari raya ni lebih sempurna."

"Itulah kau Murni, lain kali jangan sibuk sangat kerja!"

Mereka berketawa sambil bermaaf-maafan. Seorang sahabat sejati sememangnya akan sentiasa ada untuk kita ketika susah dan senang. 

Selamat hari raya Aidilfitri!